Pakej Persediaan Sekolah

Pakej Persediaan Sekolah

Asas Mahir 3M direka khas untuk membantu anak menguasai kemahiran asas Membaca, Menulis & Mengira sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Modul ini menggunakan pendekatan belajar sambil bermain supaya anak tidak tertekan, malah lebih seronok dan fokus semasa belajar.

Dengan aktiviti yang tersusun dan visual yang menarik, anak akan lebih yakin untuk membaca, menulis dan mengira secara berdikari.

Bold & Easy Coloring Book Vol. 2

Bold & Easy Coloring Book Vol. 2

6 tema yang menarik iaitu Cozy Spring, Pretty Cute, Relaxation, Sea Animals, Summer dan Vegetable coloring book.

Bold & Easy Coloring Book Vol. 1

Bold & Easy Coloring Book Vol. 1

6 tema yang menarik iaitu ABC, Number 1-20, Flowers, Human body, Insects dan Inspirational Words coloring book.

Siri Belajar Menulis

Siri Belajar Menulis

Koleksi aktiviti tracing yang direka khusus bagi membina asas menulis dengan cara yang seronok, mudah dan berperingkat.

Setiap lembaran disusun ikut kemampuan sebenar anak dari garisan mudah → bentuk asas → pola → huruf & nombor.

Siri Belajar Nombor

Siri Belajar Nombor

Siri pembelajaran yang direka khas untuk membantu anak kecil mengenal dan menguasai nombor dengan cara yang seronok, interaktif dan progresif. Siri ini menjadi panduan sempurna untuk ibu bapa, guru dan pendidik dalam memperkenalkan konsep nombor kepada anak-anak secara berperingkat.

Melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, menulis, mengira, menampal, bermain corak, dan menyelesaikan masalah mudah, anak-anak akan membina asas matematik yang kukuh – semuanya dalam suasana yang menggembirakan!

Siri Belajar Membaca

Siri Belajar Membaca

Bahan latihan lengkap untuk bantu anak kuasai bacaan suku kata dengan mudah & menyeronokkan. Disusun langkah demi langkah, sesuai untuk anak prasekolah hingga Tahun 1.

📌 Isi Kandungan Siri:

Aktiviti Suku Kata Tahun 1

Cari Kata

Latihan Suku Kata

Membaca Suku Kata

✨ Format PDF – boleh dicetak berulang kali.
✨ Sesuai untuk ibu bapa & cikgu sebagai bahan bantu mengajar.

Dengan Siri Belajar Membaca, anak akan lebih cepat mengenal, mengingat & membaca perkataan dengan yakin.

Modul Asas Jawi

Modul Asas Jawi

Direka khas untuk membantu kanak-kanak mula mengenal dan membina asas Jawi dengan mudah serta menyeronokkan.

Kandungan Modul:
✅ Latihan suku kata Jawi – untuk membina kemahiran membaca langkah demi langkah
✅ Aktiviti membaca perkataan & ayat ringkas – mengukuhkan kefahaman huruf Jawi
✅ Buku aktiviti Hijaiyah – memperkenalkan huruf hijaiyah asas sebelum ke Jawi

Kelebihan:

Aktiviti berperingkat (mudah → sederhana) supaya anak tak cepat bosan

Gaya latihan mesra kanak-kanak, disertakan dengan aktiviti menulis & membaca

Sesuai digunakan oleh guru tadika, ibu bapa, atau homeschooler

Modul Jawi Tahap 1

Modul Jawi Tahap 1

Disusun khas untuk membantu anak-anak membina asas Jawi dengan langkah yang mudah, teratur dan menyeronokkan.

Anak-anak akan belajar:

Mengenal bentuk huruf Jawi di awal, tengah dan akhir. Membaca & menulis ayat ringkas dalam Jawi. Membina perkataan mudah dalam Jawi. Menguasai suku kata terbuka. Memahami suku kata tertutup dalam Jawi.
Modul Jawi Prasekolah

Modul Jawi Prasekolah

Modul ini direka khas untuk membina asas Jawi secara santai, penuh aktiviti kreatif yang anak pasti suka.

Apa yang anak akan belajar dalam modul ini?

✅ Mengenal huruf awal perkataan
✅ Latihan menulis huruf Jawi mengikut garisan (step by step)
✅ Aktiviti seronok mewarna huruf Jawi
✅ Padanan huruf Jawi dengan objek harian untuk cepat ingat
✅ Pengenalan asas huruf tunggal Jawi

Siri Kenal Huruf

Siri Kenal Huruf

Nak anak cepat kenal huruf dengan cara yang ceria & menyeronokkan?
Siri ini direka khas untuk kanak-kanak prasekolah (4–6 tahun) supaya mereka dapat mengenal, menulis dan mengingati huruf A hingga Z dengan lebih mudah melalui aktiviti berwarna-warni dan interaktif.

 

🎯 Manfaat Utama

✅ Membantu anak kenal huruf besar & kecil dengan jelas
✅ Latihan menulis & surih huruf langkah demi langkah
✅ Aktiviti dot-to-dot & mewarna untuk menguatkan motor halus
✅ Permainan kecil seperti cari & bulat huruf berbeza untuk melatih fokus
✅ Disertakan poster belajar huruf sebagai rujukan visual menarik
✅ Sesuai digunakan di rumah atau di kelas prasekolah

Cabaran Fikir Kreatif

Cabaran Fikir Kreatif

Worksheet Aktiviti Imaginasi Anak.
Satu siri aktiviti mudah tapi berimpak besar untuk galakkan anak berfikir luar kotak, guna imaginasi, dan bina keyakinan diri melalui lukisan & cerita.

Nak anak lebih berani berfikir dan berkongsi idea?
Worksheet Cabaran Fikir Kreatif ini memang sesuai untuk bantu anak:

🖍️ Bermula dengan satu bentuk ringkas (contoh: bulat, huruf, atau objek haiwan).
💡 Anak digalakkan untuk bayangkan & ubah suai bentuk tu jadi sesuatu yang baru – belon, matahari, muka, watak comel, atau apa saja ikut kreativiti mereka.
🗣️ Selepas siap, anak boleh ceritakan hasil lukisan – lengkap dengan nama, watak, atau kisah pendek.

Dengan cara ni, anak belajar bahawa tak ada jawapan salah dalam kreativiti. Yang penting, mereka berani cuba dan seronok bereksperimen!

Pakej Reseller Wasza Edukids & Celik Jawi

Pakej Reseller Wasza Edukids & Celik Jawi

Promosi istimewa untuk anda yang nak jadi Pengguna & Reseller untuk Wasza Edukids Bundle & Modul Celik Jawi.
Tawaran yang sangat berbaloi. Guna sendiri untuk anak dan jana pendapatan sampingan jika berminat.

Apa Yang Anda Akan Dapat?

✅ Wasza Edukids Bundle – RM37
👉 Koleksi bahan bantu belajar untuk anak-anak, sesuai untuk ibu bapa, cikgu & homeschooler.

✅Modul Celik Jawi – RM11
👉 Modul lengkap untuk anak kuasai Jawi (suku kata terbuka & tertutup) dengan cara mudah & seronok.

Mahir Tangan

Mahir Tangan

“Mahir Tangan” ialah siri aktiviti khas untuk melatih kemahiran tangan, jari dan koordinasi mata-anak.
Mengandungi aktiviti menyeronokkan seperti:
✂️ Menggunting bentuk mudah & kreatif
🧩 Menyusun puzzle interaktif
📄 Origami comel & ringkas
🎨 Melukis & mewarna ikut tema

Setiap helaian direka khas untuk bantu anak kuatkan motor halus, fokus lebih lama dan jadi lebih kreatif.

Dengan Mahir Tangan, anak anda akan:
✔️ Lebih mahir menggunakan gunting & pensel
✔️ Meningkatkan daya tumpuan & penyelesaian masalah
✔️ Berani mencuba aktiviti baru (tak takut silap)
✔️ Siap sedia untuk menulis & belajar di sekolah

Ultimate 20 Coloring Pack

Ultimate 20 Coloring Pack

Koleksi mewarna yang paling lengkap dan paling menyeronokkan untuk si kecil! Dengan 20 tema menarik, anak anda boleh mewarna sambil belajar, teroka dunia sekeliling, dan asah kemahiran motor halus.

Daripada dinosour gergasi, kenderaan laju, haiwan comel, sehinggalah ke makanan kegemaran dan latar tempat yang menarik – semuanya ada dalam satu set!

✅ Apa Yang Anda Akan Dapat:

📘 20 Buku Mini Bertema – Format PDF untuk dicetak sendiri

🎯 Lebih 600 muka surat aktiviti mewarna!

🧠 Reka bentuk mesra kanak-kanak & sesuai ikut perkembangan umur

🎨 Membantu anak fokus, tenang dan tingkatkan kreativiti

💡 Sesuai dijadikan aktiviti santai tanpa gajet, homeschool, atau reward harian!

Color by Number

Color by Number

Aktiviti mewarna ikut nombor (colour by number) sangat popular dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ia bukan sekadar aktiviti santai, tapi sebenarnya menyokong pelbagai aspek perkembangan anak.

Aktiviti ni bantu anak:
🧠 Kenal nombor & warna
🖍️ Asah motor halus (persediaan menulis!)
👀 Fokus dan ikut arahan
🌈 Rangsang kreativiti visual
💪 Tingkat keyakinan bila siap satu-satu gambar

Dengan aktiviti "Colour by Number", anak belajar ikut step, faham struktur, dan makin bijak buat padanan warna-nombor.

Loading...